;

Percaya Tak Patung Haiwan 3D Ini Dihasilkan Daripada Kertas?

hewan 3D dari kertas Percaya Tak Patung Haiwan 3D Ini Dihasilkan Daripada Kertas?
Seorang artis seni Kanada, Calvin Nicholls, mengagumkan beberapa pencinta seni setelah Nicholls mampu menukar kertas-kertas A4 menjadi patung-patung haiwan yang nampak seakan hidup, seperti singa, panda dan zebra sehingga lah membuatkan galerinya seperti kebun binatang daripada kertas.
Nicholls, ahli seni yang juga pecinta haiwan telah mula melakukan eksperimen membuat patung dari kertas dari pertengahan tahun 1980an. Sejak itu sehingga kini, dia telah mempunyai 500 patung yang diperbuat daripada kertas.
Setiap satu karyanya memerlukan tempoh penyelesaian selama empat minggu. Namun terdapat beberapa karyanya yang memakan masa sehingga dua tahun menyebabkan Nicholls telah meletakkan harga sehinggalah 16 ribu poundsterling untuk setiap karya seninya.
Nicholls mendedahkan, dalam setiap penghasilan patungnya, dia memerlukan banyak persiapan. “Contohnya sebuah patung haiwan, untuk menghasilkan patung yang begitu mirip dengan rupa haiwan asalnya, dia memerlukan sedozen gambar untuk mendapatkan ciri muskuloskeletal yang sebenar,” ungkap Nicholls, seperti dipetik dalam Dailymail, Rabu (27/7/2011).
Model tersebut menentukan bentuk daripada bentuk tubuh atau struktur yang menjadi asas ukiran. “Potongan-potongan bentuk dipotong daripada kertas tebal, lalu dibentuk dan dilekatkan dengan pisau bedah, gam dan alat pemotong kulit,” jelasnya.
Gambaran terperinci dilakukan dari seluruh subjek, lalu diikuti dengan komponen kertas yang masing-masing telah dipotong, dibentuk dan kaku di tempatnya.
Nicholls juga menggunakan bayangan pencahayaan untuk mencipta kesan kedalaman, demi mencipta sebuah patung yang “hidup”.
Karya Nicholls telah banyak diulas di dalam buku-buku kesenian sejak pertengahan 1990-an di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada.
Karya seni patung kertas pertama buatan Nicholls yang kini menetap dan bekerja di Lindsay, Ontario adalah untuk perniagaan bas bapa saudaranya, DeNure Tours pada tahun 1983.
Nicholls mengakui, inspirasi seninya muncul daripada lingkungan persekitarnya. Kini 75 patung haiwan karyanya dipamerkan di Perpustakaan Follet berhampiran Chicago, Illinois.

SUMBER:http://aduhaimedia.com/percaya-tak-patung-haiwan-3d-ini-dihasilkan-daripada-kertas/

0 komentar:

Pasang emoticon dibawah ini dengan mencantumkan kode di samping kanan gambar.

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...